Program Keusahawanan bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

20 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 19 Oktober 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Program Keusahawanan bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Program ini telah diadakan pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini telah dihadiri oleh 15 orang peserta dari sekitar Lubok Antu.

Dalam program ini, peserta telah diberikan taklimat Pengenalan kepada Pusat Internet Komuniti Lubok Antu dan Ceramah Keselamatan Penggunaan Internet. Di samping itu, peserta juga telah ditayangakan video Klik Dengan Bijak iaitu video Penipuaan Internet. Tambahan pula, peserta telah dibimbing oleh Puan Lydia yang merupakan tenaga pengajar jemputan. Peserta telah dibimbing untuk menghasilkan produk secara homemade antaranya ialah produk sabun, serum, pencuci muka dan pencuci pinggan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Sesi pendaftaran peserta
2. Pengenalan kepada Pusat Internet Komuniti Lubok Antu
3. Ceramah Keselamatan Penggunaan Internet dan tayangan video KDB (Penipuan Internet)
4. Pengenalan kepada teori pembuatan produk homemade
5. Praktikal pembuatan produk homemade
6. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali